Ingat nak upload gambar sekali. Mengenangkan gambar suma ada kat dalam handpon dan wayar untuk mengupload pun tertinggal kat office, jadi aku xupload la yea. So nak cerita sikit2 ttg pengalaman bersalin kali nih.
Al Kisahnya... masa dah 38 minggu lebih tuh. Aku terasa sakit teramat sangat kat bahagian bawah aku. So time tu kebetulan check up kat gomen. So doktor pun chck tahap kebukaan. Dia kata dah bukak 2cm.. Gembiranya aku tak terkata coz dah tak sanggup menahan sakit.
Aku tunggu dalam 3 hari tapi masih tak kuar tanda. So hari sabtu aku masih rasa sakit lagi. Aku ajak husband gi Az Zahrah..memandangkan kami memang dah register bersalin kat situ. So bidan dia pun chk kebukaan aku. Dia kata dah 3 cm nih. Dia tanya umah kat mana? Aku kata kat nilai. Dia takut aku, terberanak awal so dia tahan wad je lar dulu. Setiap kali nurse datang ke wad. Mesti dorang tanya dah ada turun tanda ke? Jawapan aku memanjang belum... Aku pun naik confius..
Then dah kul petang tuh nurse kata kalau bilik bersalin dah clear dia kata aku dah boleh masuk ke bilik bersalin. Tak tau la pulak yang 7 Julai ramai bebenor orang beranak.. So bila tiba tengah malam dah tiba masa aku masuk bilik bersalin.
Disebabkan aku request epidural untuk kali nie. So aku ikut prosedur epidural dulu. Pakar bius pun datang. Dia bagi tau dulu ape yang dia akan buat dan ape yang aku akan rasa. Masa dia masukkan jarum kat tulang belakang aku. Subahanallah...memang le memeritkan. Time tu rasa menyesal pun ada jugak. Ceh...rupanya sakit perit tuh sekejap je.. pastu dari perut hingga ke kaki aku rasa kebas. xrasa ape2.
Then baru doktor pakar perbidanan aku Dr Mashitah masuk untuk pecahkan air ketuban. Dalam pada masa yang sama aku rasa mengantuk yang teramat sangat. Doktor kata, aku boleh tido dalam masa 2 jam. Sekiranya ada rasa sakit di ari-ari atau perut mengeras. Bagi tau nurse.
Aku jadi lagi confius, coz aku xrasa ape2. kalau aku ada rasa pun bila aku tanya nurse dia kata tu biasa. So aku bersabar je lar... Tetiba aku rasa macam nak muntah... Nurse kata ambil epidural mmg ada rasa mcm tuh. Ok aku tunggu lagi...
Tak sampai 2 jam aku panggil nurse. Aku rasa macam ada benda nak kuar. Nurse kata jap.. dia nak kuarkan air kencing. Pas tu dia chk bukaan. Dia kata ooo dah 10 cm... Cepat yea... Nurse tuh call Dr mashitah. Bila boleh teran pun aku xtau. sebab aku tak rasa ape2. Aku agak2 je lah. Then aku teran.
Bila baby dah kuar... Doktor tanya, masa scan tuh baby ape ibu? Aku kata baby gurlzzz... Berdebar pulak aku time tuuh.. Dr terus kata tahniah ibu, tengok nih, baby girl... Sukanya aku dengar pemberian dari tuhan ni. Alhamdullilah... Syukur Allah..
Baby aku selamat di lahirkan pada 8 Julai 2012 dengan berat 3.11 kg di Az Zahrah Bangi.
Bayi aku diberi nama oleh mak mertua aku iaitu Siti Sarah binti Iskandar. Sempena nama isteri Rasullulah S.A.W.
Sekarang aku berpantang di rumah mertua di Kota Serimas Nilai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan