Tadi aku dok google resepi untuk makanan berpantang
So ini ler hasil yang aku dapat cekawwww
RESIPI SUP IKAN HARUAN
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk [A]
2 ulas bawang putih - ditumbuk [A]
2 sm halia - ditumbuk [A]
1 keping asam keeping Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup – dihiris
Cara menyediakan:
a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.
b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.
c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.
Ikan Masin Lada Hitam
Bahannya:
Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
Lada hitam
Caranya:
Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
dan gaulkannya sebati.
Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahannya:
Daging hihiris halus
Lada hitam secukup rasa
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Sos Cili/Cili mesin
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa
Caranya:
i)Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang
telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
ii) Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan
air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut. iii)Setelah empuk,
boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan
juga hirisan bawang besar.
Buncis tumis lada itam
Bahan tumis (ditumbuk)
Ikan bilis (secekup)
2 biji bwg merah(kecil)
1 biji bwg putih
1 sudu besar lada itam
1. tumiskan bahan yg ditumbuk (dlm 1-2 sudu besar minyak masak) hingga naik bau masukan 1/2 cawan air.....pastu masukkan kacang buncis kacau2 (buncis jgn sampai layu sgt)...siap utk dihidangkan...mudah bangat....
Bahannya:
Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
Lada hitam
Caranya:
Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
dan gaulkannya sebati.
Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahannya:
Daging hihiris halus
Lada hitam secukup rasa
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Sos Cili/Cili mesin
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa
Caranya:
i)Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang
telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
ii) Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan
air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut. iii)Setelah empuk,
boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan
juga hirisan bawang besar.
Buncis tumis lada itam
Bahan tumis (ditumbuk)
Ikan bilis (secekup)
2 biji bwg merah(kecil)
1 biji bwg putih
1 sudu besar lada itam
1. tumiskan bahan yg ditumbuk (dlm 1-2 sudu besar minyak masak) hingga naik bau masukan 1/2 cawan air.....pastu masukkan kacang buncis kacau2 (buncis jgn sampai layu sgt)...siap utk dihidangkan...mudah bangat....
RESEPI DALAM PANTANG
(1) Ikan kering kurau masak lada hitam
- bwg merah
- lada hitam
- santan
- ikan kering
} semua ni buat cam masak lemak biasa tapi pekat.
(2) Ikan bilis ditumbuk + air limau nipis/cuka + lada hitam
(3) Ikan bilis goreng + bwg + cili
(4) Sayur sawi goreng tumis
KERABU PEGAGA[hanieliza]
Bahan:
1 ikat pegaga..bersihkan dan hiris kecil
1 cawan kelapa muda
bahan tumbuk...
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang merah
sikit ikan bilis
garam
cara..
1. tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa.
2. bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tuutup api..
3. kacau rata dan hidangkan..
simple kan...
kalau bukan dalam pantang..boleh tambahkan cili merah..ikut kepedasan yg bolehlah...
memang sedap.....
alamak..citer bab kerabu ni..nampak gaya kena cari pegaga lah ...
nak kerabu..nak kerabu..nak kerabuuuuuu
DAGING BAKAR[hanieliza]
Bahan-bahan
300 gm daging lembut
garam
minyak
Cara
1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.
Air Assam
4 keping adsama gelugor
garam
5 s/k lada hitam tumbuk
sedikit hirisan bawang kecil
Cara gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.
HARUAN PANGGANG HALIA[hanieliza]
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam
bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup
bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam
Cara
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam
bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup
bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam
Cara
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.
resepi saya dlm pantang [jelitadangdut]...mak yg buat...
anggaran sendiri yer....
ikan merah (ikan yg tak gatal)
bawang merah -
bawang putih -
halia - ditumbuk
kunyit hidup -
lada hitam -
serai - ketuk
asam keping
garam secukup rasa
tumis bahan tumbuk..masukkan serai...garing dan naik bau...masukkan air....ikan...asam keping..garam....sesuaikan rasa
dah siap....simple jer....kalau makan bertambah le juga nasi....hi
anggaran sendiri yer....
ikan merah (ikan yg tak gatal)
bawang merah -
bawang putih -
halia - ditumbuk
kunyit hidup -
lada hitam -
serai - ketuk
asam keping
garam secukup rasa
tumis bahan tumbuk..masukkan serai...garing dan naik bau...masukkan air....ikan...asam keping..garam....sesuaikan rasa
dah siap....simple jer....kalau makan bertambah le juga nasi....hi
1.Ikan tenggiri goreng halia
Bahan-bahannya :
- 1 keping ikan tenggiri
- 4ch halia di hiris dan di goreng
- 2 sudu makan minyak bijan
- 1-2 sudu makan kicap manis
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh garam
Cara membuatnya
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20
minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di
ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan
semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan.
Taburkan halia goreng di atasnya.
3.Sup Ikan haruan
Bahan-bahannya
- 1 ekor ikan haruan
- 2 cawan air
- 2 sudu makan minyak jagung
- 1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
- 3 ulas bawang merah - di tumbuk
- 2 ulas bawang putih - di tumbuk
- 2 cm halia - di tumbuk
- 1 keping asam keping
- Garam secukup rasa
- Daun bawang dan daun sup di hiris
Cara membuatnya
Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau
hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan
tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.
Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping
dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan
hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.
Kerabu Pegaga
Bahan-bahannya :
Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
i inci halia muda
2 biji bawang merah
50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan
masin pun boleh juga - tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang
tulangnya)
1 inci kunyit hidup
Cara:
Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit,
lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. Biarkan
sehingga sedikit kering dan angkat.
Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa
minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong.
Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih
panas. Mesti sedap dan menyelerakan.
Ikan Tenggiri Goreng Halia
Bahan-bahannya :
1 keping ikan tenggiri
4ch halia di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Cara:
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan
biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di
ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan
semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan.
Taburkan halia goreng di atasnya.
Ayam Masak Bijan
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di
bersihkan
4cm halia tua - di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara:
Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga
berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak
ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak
terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak
tutupkan api. Tambah garam jika perlu.
Sup Ikan Haruan
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
3 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
2 cm halia - di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris
Cara:
Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa
untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak
jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.
Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada
hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir
sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.
Rendang Peria
Bahan:
2 biji peria katak (bersaiz besar, dibuang bijinya dan dipotong)
1 cawan santan
1 sudu makan ikan bilis – dikisar
50 gm pucuk pegaga
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 sudu teh lada hitam – dikisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara:
Masak bersama kesemua baham kisar, santan, dan asam keping ke dalam periuk. Biar mendidih.Masukkan peria dan pucuk pegaga. Perlahankan api. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih sehingga kuah pekat atau kering jika suka. Hidangkan bersama nasi putih.
Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah orang, ia adalah sejenis sayuran herba yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selain itu peria juga dikaitkan dapat menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka, melawaskan dan sebagainya.
Petua Orang Tua : Masakan yang mengandungi lada hitam sangat baik diambil oleh ibu ketika berpantang kerana ia dapat melancarkan proses mencuci darah.
Ayam Kukus Cuka
Bahan A (diperap sebelum dikukus)
Bahan A (diperap sebelum dikukus)
8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya
Bahan B
3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Cara:
Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.
Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.
Ikan Panggang Halia Muda
Bahan A (diperap)
Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka
Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak
Cara:
Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.
Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.
Sup Tulang
Bahan A
Bahan A
1 kg tulang lembu – dicuci dan ditoskan
2 sm halia – diketuk
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 sudu teh garam kasar
1 sudu makan gula
Air secukupnya
Bahan B (ditumbuk)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam
Bahan C (ditumis)
2 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar – dihiris
5 biji cengkih
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
Bahan D
2 bunjut rempah sup tulang
3 bji kentang – dibelah dua
8 biji cili api
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
1 biji jus limau nipis
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Bawang goreng, daun sup dan daun bawang – untuk ditabur
Cara:
Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada hitam dalam satu periuk. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk. Tambah air jika perlu. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning. Masukkan kesemua bahan C dan kacau. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing. Setelah garing, masukkan rempah sup. Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap. Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap. Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan. Tutup dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan separuh bawang goring. Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisan saun sup. Tuang jus limau dan kacau rata. Ketika menghidang, taburkan bawang goring, daun sup dan daun bawang.
Petua Orang Tua : Masakan jenis sup biasanya banyak menggunakan campuran rempah ratus. Ia sangat baik dalam memanaskan badan dan mencuci darah.
Sup Sayur Campur
Bahan:
Bahan:
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak
Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.
Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.
Rendang Hati Lembu
Bahan:
Bahan:
½ kg hati lembu – dipotong
2 cawan pati santan
½ cawan kerisik
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan (dikisar):
10 ulas bawang merah
200 gm cili merah
2 sudu makan ketumbar
3 batang serai
4 cm lengkuas
2 cm halia
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji buah keras
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap.
3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa.
Ikan Tenggiri Masak Halia
Bahan:
2 ketul ikan di goreng
2 ulas bawang merah- ditumbuk
sedikit kunyit hidup – ditumbuk atau serbuk
6 ulas bawang putih – dihiris
halia – dihiris memanjang
Cara:
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bwg putih, halia dan kunyit. Masukkan sedikit air dan apabila mendidih tuangkan atas ikan yg telah digoreng.
Ikan Gelama Masak Asam
Bahan:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam
Cara:
Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili. Masukkan air asam dan garam. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.
Sawi tumis air
Bahan:
Sedikit ikan bilis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 pokok sawi – dicuci dan potong
Cara:
Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah. Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api.
Kucai goreng kicap
Bahan:
1 ikat kucai – dihiris
2 ulas bawang merah – dihirs
3 ulas bawang putih – dhiris
kicap
Cara:
Tumiskan bawang merah dan putih. Masukkan kucai dan kicap.
Kari Ikan Haruan
Bahan:
1 ekor ikan haruan – dipotong kecil2
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
( dimesin)
1 biji bawang besar- dihiris
1 camt halba campur
1 tangkai daun kari
4 camb serbuk kari ikan
1 camt serbuk cili
1 mangkuk air asam
Cara:
Tumiskan daun kari , halba dan bawang besar yg dihiris. Masukkan bwg yg dimesin, biar sebentar. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yg dah dibancuh dengan air. Masak hingga rempah betul2 masak. Masukkan air asam dan ikan Tambahkan garam dan apabila ikan dah masak tutupkan api.
Peria goreng kelapa
Bahan:
5 biji peria kecil/1 biji yg besar – dipotong dan direndamkan dlm air garam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit kunyit
kelapa parut
Cara:
Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan kunyit dan peria yg telah dipotong. Masukkan kelapa parut dan gorengkan hingga peria lembut sikit tapi jgn terlalu lama.
Sup Ikan Tenggiri
Bahan:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup
Cara:
Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.
Daging Bakar
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
300 gm daging lembut
garam
minyak
Cara:
1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.
Air Assam
Bahan:
4 keping adsama gelugor
garam
5 s/k lada hitam tumbuk
sedikit hirisan bawang kecil
Cara:
gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.
Ikan Kering Masak Halia
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
200 gm ikan kering [isi]
1 cawan santan
3 sm halia
3 ulas bawang putih
2 s/k lada hitam
2 keping asam gelugor
2 sm kunyit hidup
garam[jika perlu]
Cara:
Bersihkan isi ikan kering dan potong kecil. Masukkan dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masakkan sehingga kuah pekat. Angkat dan hidangkan bersama nasi.
Haruan Panggang Halia
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam
bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup
bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam
Cara:
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.
Bahan:
2 – 3 ekor ikan kembung
2 sudu besar asam jawa
400ml air
1 batang serai, dititik
garam secukup rasa
2 sudu besar asam jawa
400ml air
1 batang serai, dititik
garam secukup rasa
Giling:
10 tangkai lada kering
1 sudu kecil belacan
6 ulas bawang merah
Cara:
Cili Kering direbus dan di tumbuk
lumat/blander.Jika tidak suka pedas boleh dikurangkan bilangannya. Lumatkan
bawang merah dan belacan. Masukkan semua bahan tumbuk dan serai dengan 400ml
air asam. Apabila mendidih, masukkan ikan dan garam secukup rasa. Biarkan ikan
masak, tutup api dan hidang.
Masakan jenis ini sesuai untuk mereka yang
berpantang,cuma jangan dimasukkan cili dan belacan.Gunakan ikan cencaru, ikan
bawal, ikan merah dll dari jenis yang tidak gatal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan