JANTUNG HATIKU

Isnin, 2 Julai 2012

Anakanda Ke Dua


 Seperti biasa aktiviti aku mesti lah kena anta bebudak gi class taekwando. Yang paling rajin gi kelas taekwando adalah si adik. Hari-hari asyik tanya "mama, ari nie ada kwando tak?" Kadang-kadang aku anta. kekadang tuh jawapan aku xde je memanjang. 



Lain pulak ngan kisah si abang nya. Memanjang nak ponteng class taekwando. Bila aku dok selidik balik. Rupa-rupanya dia merajuk coz xbagi dia gi ujian kenaikkan warna tali pinggang. Mana taknya, Bayaran untuk ujian jek RM 50 ko... Time tu pulak dalam poket ni cuma tinggal habuk jek. Tak dapat le nak menolong kan. Lagi satu sebab pulak, aku baru anta dorang gi taekwando 2 minggu. Takkan nak terus ujian kot. Kalau ujian gagal duit RM50 burn tau.

Tapi bila ahad lepas aku berborak ngan ibu student taekwando. Baru ler terbukak sikit mata aku kan. Dia kata anak dia, dia bagi je gi ujian. Tapi xpernah lagi gagal. Dia kata anak dia dah terpilih ke peringkat daerah tau. Dia cakap ngan aku, kesian budak2. Jangan disekat kalau dia dah minat. Wah...aku kena brain wash pulak kat dewan tu kan. 

Tapi betul ler apa yang ibu budak tuh cakapkan. Lepas nie dalam bulan 9 ada ujian lagi. So aku akan kumpul duit untuk budak2 masuk ujian. Chayokkk..


Cuba tengok gambar-gambar kat atas. Kesian pulak aku tengok si adik nih. Dia lah peserta yang paling kecik sekali dalam group taekwando nih. Selalu jek kena marah ngan SIR kan. Tapi hari-hari semangat nak gi taekwando.

1 ulasan:

Jom Ikut saya