JANTUNG HATIKU

Selasa, 1 Mei 2012

Puding Roti


2 Minggu lepas my mum datang umah. So dia bawa le resepi buat puding roti nih. Katanya resepi nie daripada temannya. Resepi memang le tersangat mudah ye. Bila musim-musim panas nih bila agar-agar puding roti nie di peram kat peti ais memang le mengubat jiwa tau.

Bahan-bahannya:

Roti 8 Keping
Susu Creamer 2 Tin
Agar-agar 40 g
Serbuk koko
Gula batu
telur 1 biji

Cara-cara:

Rendam roti di dalam susu creamer (2 tin)
Setelah di rendam, sila blender roti yang telah direndam tadi bersama-sama 1 biji telur.
Kemudian, sila panaskan agar-agar (40g) di dalam periuk bersama-sama dengan gula batu.
Setelah agar-agar cair, sila masukkan roti yang telah di blender tadi.
Sila bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian biarkan ia berwarna cream dan satu bahagian lagi di campur dengan serbuk koko.
Kemudian sila sediakan loyang yang cantik. Dan setiap bahagian dimasukkan secara selang seli sehingga habis.
Siap. Sila sejukkan agar-agar puding roti di dalam peti sejuk. Dan kemudian bolehlah di ngap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut saya