JANTUNG HATIKU

Isnin, 21 Mei 2012

Check Up 31st Week

 Kaunter Pendaftaran untuk Ibu dan Anak

Semalam 21hb Mei (Isnin) aku gi check up kat Klinik Kuarters KLIA. So 1st step untuk ibu-ibu mengandung adalah....sila tinggalkan buku anda dalam raga merah yang telah disediakan.

Kemudian jangan segan silu untuk duduk di tempat yang telah disediakan. Tunggu sehingga nama anda di panggil. 

 Tempat timbang berat badan dan check Tekanan Darah

Setelah nama anda di panggil oleh nurse yang bertugas sila pergi ke bahagian ini untuk di check berat badan anda dan check tekanan darah anda. Setelah selesai nurse tersebut akan berikan anda sehelai kertas, 1 botol kecil untuk isi air kencing dan satu botol kecil untuk isi darah anda.

 Bilik Rawatan dan Pengambilan Darah

 Kemudian anda boleh terus masuk ke bilik ini untuk mengambil darah. Xde puloks aku ambik gambar nurse ambil darah aku tuh. Takutsss puloks dia ingat aku nih gilosss..

Tapi setiap kali ambik darah, sure aku tutup mata... Takotttttt oooo


 Makmal

Setelah ambil darah, sila bawa botol darah bersama anda. Kemudian dropkan botol darah anda dan sekeping kertas ke dalam tray yang telah disediakan.

Dalam pada masa yang sama, anda terus gi ke toilet untuk takung air kencing anda pulaksss... Dan letakkan sampel air kencing anda di tempat yang disediakan.

Kemudian tunggu sekejap sehingga nama anda di panggil. Staff makmal akan berikan anda sekeping kertas keputusan untuk ujian darah dan air kencing anda.



Setelah anda dapat keputusan makmal sila tunggu kembali di klinik ibu dan anak dan tunggu sehingga no. giliran anda di panggil. 

Setelah tiba no. giliran anda, anda telah berjaya untuk berjumpa dengan nurse yang bertugas. Horeeeeiiii

Kebiasaan yang nurse tuh akan tanya:

Ubat cukup?
Carta gerak anak ada buat tak?
Ada minum susu tak?
Ibu sihat tak?
Ada apa-apa masalah?
Ok...HB ibu cantik coz 11.2...Berat pun ok... (OMG 61.5kg dia kata ok)

Then, nurse bgtau yang berat ibu mengandung kena naik dalam 12 kg bermakna berat asal tambah lagi 12kg. So berat asal aku 53 kg + 12 kg = 65 kg... Weeee aku boleh makan lagik nih...

Then nurse tu kata aku kena jumpa doktor lagi coz doktor tu dah highlight kat buku aku untuk scan sekali lagi coz nak tengok berat baby. Ari tuh scan doktor tuh kata baby aku kecik.

Jadi step seterusnya tunggu lagi sehingga no anda dipanggil dan berjumpa lah dengan pegawai perubatan yang bertugas.

Bila doktor scan dia kata, berat baby dah ok. Sekarang berat baby dah 1.3 kg... Wah xcited...xsabar nak baby kuar nih. Coz mama dia dah xlarat nak gi check up. Lama oooo tunggu... Boleh naik darah tinggi aku nih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut saya