JANTUNG HATIKU

Rabu, 7 November 2012

Produk Menambahkan susu badan

 Longan Kering (Beli di Kedai Ubat Cina -RM6.00)

Buat masa nie aku ada sedikit stress. Mana tak nya baby sara tak mo minum susu formula. Susu aku pulak macam tak mencukupi pulak tu. Lama-lama aku yang stress tau.

Di sebabkan susu aku tak terlalu banyak hasilnya. Maka aku pun test le survey kat internet dan tanya kawan-kawan macam mana nak banyakkan susu.


 Hasil longan kering - Air panas + Longan kering



  
Pil Metoclopramide - 1st aku try pil nih (gambo seperti di atas yek). Air susu boleh dikatakan ok lar.  Aku dapatkan pil ni atas nasihat di Klinik Aisyah. Tapi susu aku setakat utk hari esok boleh la. Kalau nak buat stok. Kirim salam bebanyak ye.

Longan Kering - Then ada member pulak kata, try longan kering. So aku pun zasss terus cari kat kedai ubat cina. Tup2 jumpa. Apasalahnya try kan. So aku rebus n minum airnya. Tapi sekarang aku just tambah air panas je. Air susu tetap macam biasa. Lagi le aku risau. Coz nursery anak aku kata, air susu xcukup untuk baby. Tapi sekarang nie aku jadi kerap kencing.

 Pil Asi

Pil Asi -  Ada pula member aku kata cuba guna pil asi pulak. Coz dalam majalah pa & ma kata pil asi nie mujarab jugak. Puas le aku mencari seluruh nilai. Yang ada cecair asi jenama atika beauty. Mahal le pulak RM45. Then aku search internet jumpa pulak jualan on line di one baby world. Harga dalam RM18. Insyaallah minggu depan baru sampai. Tu pun aku nak try jugak. Harap-harap berhasil le.

Anggur Hitam -  Pagi tadi aku ada tengok FB, ada jugak yang saran kan untuk cuba anggur hitam. Katanya rebus anggur hitam sampai hancur dan minum airnya bila rasa dahaga. Itu pun aku nak cuba jugak.

Jantung Pisang - Ada jugak yang kata, makan jantung pisang. Jantung pisang tu di rebus dan makan dengan nasi. Itu pun aku dah try. Tapi aku goreng le. Macam tak menjadi je. Tapi hari nie may b mak mertua aku nak masakkan jantung pisang tu untuk aku. Hopefully berjaya la ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut saya