JANTUNG HATIKU

Isnin, 15 Oktober 2012

Breast Pump Spectra Dew 300

 Spectra Dew 300 (RM370)

Mula-mula mengandung/hamil. Then beranak. Bila dah ada anak dok pikir nak cari susu yang sesuai. Bila gomen dah declare cuti branak boleh ambik 2 @ 3 bulan, so aku pun off course le pilih yang 3 bulan kan. 

Bila cuti 3 bulan nih terasa sangat diri seperti di heaven ko. Mana taknya..Ada masa untuk segala-galanya. Terutamanya untuk family la kan.


 Close Up Skit

Bila tiba lagi sebulan nak masuk kerja.. Si ibu dah mula mengelabah. Try la susu formula yang ada di pasaran nih. Yea la susu ibu nie rasa macam tak mencukupi jek. 

So mula-mula aku try produk anmum untuk new born. emmmmm..iseyyyyy... si baby terus refuse...si ibu pun kata ayo yo yo... Amacam nih.

Jadi si ibu try le produk lain pulak. Jenama Dutch lady pulak. iseyyyy lagi, coz si baby masih refuse nak minum susu formula. Ada pendapat kata, kalau kita biarkan baby kita dalam keadaan lapar. Sure dia akan minum punya kan. 

 Botol-botol yang tengah di steril di office ku

Aku pun try le  dari dia bangun tido sampai pukul 4.30 ptg. Si baby masih refuse untuk minum. Hati ibu mana tak risau kan. Jadi aku try perah susu then masuk dalam botol.. Haaaahhhh...baru dia nak.

 Free give dari penjual spectra

 So tiba la masa untuk aku mencari breast pump yang baru. Sebelum nie aku pakai jenama braest pump pureen (elektrik). Function masih sama iaitu memerah susu. Pastu mula la gatal2 nak cari breast pump yang baru. Jadi aku servey kat internet. Terjumpa jenama spectra. Bagi aku harga dia reasonable la kan untuk taraf macam aku nih.

Dalam pada masa yang sama tempat nursery baby aku pun cakap suruh bagi susu ibu. Dia siap ajar lagi macam mana nak perah susu. Dia kata jangan risau. Susu tu ada cuma, cuba kerapkan masa mengepam. So aku pun try. Dan hasilnya alhamdullilah...

 Aku ambil double breast pump (+ breast shield RM50)

Yang penting aku kena ingat waktu untuk mengepam. Tapi alhamdullilah, sekarang nie jumlah tuaian aku bertambah. So aku happy skit. Cuma aku takut kalau kena gi kursus jauh jek. Macam mana yek? Ada tips tak?

Stok aku cuma cukup untuk esok hari je. kalau lebih memang tak cukup tau.

Setelah di sambung wayar

Jadi mesin pureen aku tuh aku nak let goo kat mudah.com dengan harga RM50.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut saya