Ha...nie le Ketua Audit Negara. Gambo nie aku cilok kat album opening ceremony di Royale Chulan Hotel yek.
Sebenarnya nak cerita benda lain nih.. Alkisahnya En. Md Yazit buatkan video untuk keberangkatan Tan Sri Dato Setia Ambrin Buang dan Delegasi Audit Malaysia ke Jaipur, India. Bila dah ada video, mestilah nak ada suara latarnyakan. So actually en yazit dah ada suara yang berkenan di hati. Orang tu, orang HQ. Namanya Pn Aziatul Akmam, nak di jadikan cerita.. Video tuh Tan Sri nak tengok cepat. Dalam keadaan yang terdesak En Yazit minta Kak Rabiah dan aku untuk buat rakaman suara. Disebabkan aku xdapat datang malam, jadi suara kak rabiah diambil untuk di buat rakaman suara. Videonya pun aku dah tengok. Suara Kak Rabiah, sungguh lembut.
Then keesokkan harinya, En Yazit kata video kena ubah lagi. So suara pun kena record lain. En Yazit cari Kak Rabiah, xdapat. So dia mintak aku je buat selingan suara untuk satu part. Kemudian, Pengarah AAN (En Wahab) datang SPP untuk tengok video tu. Then dia nak suara aku yang dijadikan latar belakang..
Keesokkan harinya En Yazit pergi HQ untuk present video kat Tan Sri dan beberapa pegawai-pegawai Audit yang lain. Setelah selesai, En Yazit call aku. Dengan nada gembira dia kata, Tan Sri tersangat suka dengan video tu. Dan Tan Sri tanya suara siapa tu? En Yazit kata, staff AAN - Siti Rohaida.. Hu hu. Tapi aku antara nak percaya dan tidak ler. Coz En Yazit nie memang sifatnya suka memuji. Walaupun bendanya xde apa-apa pung.
Kemudian minggu depannya, Delegasi Tan Sri dah bertolak ke Jaipur. Kami yang di AAN nie ada pulak mesyuarat dengan Bahagian Penyelidikan HQ. Kali nie, pengerusi mesyuarat Dr Masiah. Dalam pembahagian tugas untuk Seminar PAC. Aku, Kak Bib dan Kak Fiza di tugaskan untuk bahagian cenderahati. Tetiba Dr Masiah tanya aku, "u ke yang suaranya digunakkan untuk video Tan Sri. Terkejut aku.. Aku jawab la yea.. Dengan seramai-ramainya orang di dalam bilik meeting tu, Dr. Masiah kata " Tan Sri tersangat sukakan video tuh. Banyak kali dia memuji. U ada suara yang sedap". Wah lebih kurang macam tuh la ayat nya. hehe... dah semua oarang nak tengok video tu.. ngeh..ngeh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan