Kadang-kadang permintaan anak-anak nie pelbagai bagai. Nampak orang main game, dia pun nak main game. Nampak orang ada mainan baru, dia pun nak mainan baru. Sebagai ibu nie, bila anak-anak ada mewartakan sesuatu permintaan mesti kita tak sampai hatikan.
Maka ada satu weekend tu anak-anak berhajat nak naik komuter. Komuter sekarang tak macam komuter tuh. Pada waktu dulu komuter nih agak lengang skit. Tapi bila sekarang nih, warga malaysia dan bukan malaysia pun dah ramai yang naik komuter. Bagi kita nih rimas betul kalau bersesak-sesak dengan orang ramai.
Jadi sebagai ibu jugalah, di turuti kehendak anak-anak iaitu naik komuter. Konon-konon bawa le gi satu stesen jek. Dari Nilai ke Batang Benar. Punya la lama masa menunggunya. Kalau ada tilam, dah lama dah aku tidur kat situ.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan